Monday 17 May 2010

JOM FIKIRKAN ..

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:

1) Dari Segi Kos Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin

(a) Penjimatan kos Dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan lampin pakai buang: Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu.

RM0.50 sekeping X 6 = RM3.00 sehari

RM3.00 X 365 hari = RM1,095.00 setahun

RM1095 X 3 tahun = RM3,285.00 untuk seorang anak

Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya.....…

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah. bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.

RM28.00 sekeping X 12 = RM336.00

Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga kerana CD ini jenis One Size, sesuai utk baby dan kanak2 yang berat 3kg sehingga 13kg dan boleh di ubah mengikut size anak anda.

Perbezaan : Lampin Pakai Buang Vs Lampin Kain Moden

RM1095 X 3 tahun = RM3,285.00 untuk seorang anak

RM28.00 sekeping X 12 = RM336.00 untuk seorang anak dan anak2 seterusnya (Bergantung pada cara menjaganya)

Berbeza bukan?

(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang.

3. Dari segi keselesaan dan kecantikan Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda. Fikir-fikirkan... herm... 

No comments:

Post a Comment