Monday 17 May 2010

Camne Nak Jaga ek..

Susah ke nak jaga? Tak susahlah.. sama je macam kita basuh baju.. jom baca sikit..

1. Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' (bagi insert, sekurang-kurangnya 3 kali prewash) sebelum pertama kali hendak digunakan. Gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. Lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana enzyme boleh mengurangkan daya serapan insert anda. (Utk pre-wash memadai sahaja basuh dgn air tanpa sabun)

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper. ('insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi). Pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper. Apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper. jika tiada poo-poo, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. Jika berpoo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo, seterusnya seperti langkah di atas.

4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. simpanan tidak boleh lebih dari 3 hari.

5. Bagi 'insert', sekiranya telah di cuci tp masih nampak agak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Jemurkan sahaja di kawasan yg mendapat cahaya matahari yg panas. Matahari adalah peluntur yg baik

6. Sebulan Dua, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dan juga insert dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dan insert dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' dan insert kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece' dan juga insert.

Kalau nak yang terbaik untuk anak, susah sikit apa salahnya..

No comments:

Post a Comment